Tuesday 22 September 2015

                                PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysiapada Ogos 1965. 

 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.

a.         Perlembagaan.

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan  60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang dipersetujui sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.

Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.

           
b.         Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan Perikatan.

           
c.         Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam golongan yang disifatkan sebagai ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan, terutama Syed Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September 1964.

Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysiauntuk menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia  juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu


d.         Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP

PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman’ secara serta-merta dan berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan dengan PAP.
       
Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan SingapuraMalaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak[4]

Wednesday 9 September 2015

                      Pengajaran


1. Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara termasuklah pengkhianat negara
2. Suara rakyat dalam pilihanraya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala tuju negara
3. Pemimpin tidak harus mementingkan diri dalam segala hal, sebalikya kepentingn semua phak harus diambil kira
4. Seseorang itu juga perlu mngetahui bahawa tidak ada jalan mudah untuk negara mencapai kemajuan 

Tuesday 8 September 2015

KESIMPULAN 

   
           Perjalanan sejarah membuktikan negara ini pernah diceroboh oleh kuasa asing. Justeru, masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka. Perjuangan ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum-kaum lain yang kemudian mereka bersama- sama berusaha untuk memertabatkan sebuah negara yg merdeka. Kerja sama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil apabila negara berdaulat dicapai pada tahun 1997.

         Seiring dgn perjalanan masa dan perkembangan politik, rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah , Sarawak, dan Brunei digagaskan dan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa Brunei. Namun, Singapura pula telah keluar daripada Persekutuan Malaysia selepas dua tahun Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.